Dalam menjalani perjalan hidup ini, aku terus tabah mengharungi kemelut permasalahan dan ujian mendatang. Kadang-kala masa yang sebegitu suntuk, membuatkan aku cemas dan gundah dalam menyelesaikan masalah. Walaupun pada hakikatnya setiap yang berlaku itu sebenarnya tidaklah sehebat dugaan yang diterima. Namun ianya sudah cukup untuk menggoyahkan diri aku ... sambungan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini bekaitan tentang perjalanan seorang insan, semua terkandung dalam ini mengisahkan tentang kehidupan, iaitu spiritual rohani dan jasmani. Banyak kisah berkaitan perjalanan hidup manusia, zool tulis dan kongsikan di blog ini. antara sedar atau tidak, blog ini bertujuan mengajar dan mengajak kita berfikir tentang kehidupan, iaitu kehidupan dunia dan akhirat. zool berharap sesiapa yang membaca cuba fahami dan menyelami setiap maksud yang terkandung pada setiap cerita yang tertulis. Janganlah kita cuma sekadar membaca tetapi tidak menghayati, sebaik-baiknya setiap perkara yang baik kita kongsikan bersama, insyaallah
Tujuan laman utama blog zool ini dibuat adalah untuk menghubungkan blog-blog utama zool yang lain dan memudahkan semua orang untuk melihat update terbaru pada semua blog zool. Bagi sesiapa yang ingin melihat penuh laman utama blog zool dan blog-blog yang lain, sila gunakan broswer web mozilla firefox atau google crome
Suratan Takdir
Posted by ZooL HilmiMenempuh suratan takdir. Adakalanya ujian dan musibah selalu hadir, sehingga kita merasakan kesedihan dan kepayahan dalam hidup. Kadang-kadang kita hampir tewas dengan kelemahan diri, semua berlaku tampa kita duga. Dalam kita sedang seronok dan bergembira tiba-tiba kita mendapat musibah, di situlah ujian paling besar yang kita harus tempuh. Sekiranya kita lemah dari segi rohani dan jasmani sudah pasti kita kecundang. Bila kita kecundang sudah pasti kita akan sesat dalam mencari jalan hidup ...sambungan
Aku Seorang Pemerhati
Posted by ZooL Hilmi Satu hari yang berlalu dengan pantas, aku mencari sinar harapan dengan memenuhi hati dengan jasmani yang cergas. Di mana pada pagi kebiasaan hari aku akan bangun seawal 5.45 pagi untuk membersihkan diri. Di saat itu penantian laungan sayup di pagi hari terdengar ketelinga membuatkan hati tergerak kearahnya. Aku terus mempercepatkan langkah aku dan setiap langkah itu penuh dengan tertip dan teratur. Apabila setibanya disana aku merasa tenang yang tak terhingga. Aku yakin perasaan aku itu juga, dapat dirasai oleh siapa saja yang ada disana.... sambungan
cabutan bertuah raflessia collection
Posted by ZooL Hilmikunjungi http://raflessiacollection.blogspot.com/ menangi cabutan bertuah raflessia collection
Dia Tidak Mengerti
Posted by ZooL Hilmi
Setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai naluri yang indah, tetapi naluri itu hanya terletak kepada hati yang bersih lagi murni. Ada kalanya manusia terlupa akan nalurinya sebagai manusia dan sanggup menepikan segala sifatnya sebagai manusia yang berakal.Bila mana hati mereka telah leka dan lalai, maka mereka akan berhadapan dengan kezaliman dan kekejaman.Begitulah yang ingin digambarkan pada kehidupan pada hari ini .... sambungan
Subscribe to:
Posts (Atom)